Kajian mendapati molekul pertama terhasil dalam ruang angkasa (kosong),selepas atom. Molekul boleh diterjemahkan sebagai blok pembinaan sesuatu kehidupan yang berasaskan kepada Nitrogen, Oksigen, Hidrogen dan Karbon.
Sistem kimia kehidupan di atas bumi terdiri dari dua jenis molekul yaitu protin dan nukleo acid yang saling bekerjasama dalam kaidah yang paling khusus. Molekul terkecil yang pertama diketahui ialah Hidrogen dan unsur yang paling banyak memenuhi ruang alam semesta.
Secara umumnya, sesuatu molekul adalah bagian terkecil dari sebagian kimia yang tulen yang mengekalkan komposisi dan sifat-sifat kimianya. Molekul secara sainsnya adalah gabungan dua atau lebih atom yang sepenuhnya stabil secara elektrikal dengan entiti neutral.
Di dalam sesuatu molekul, atom-atom digabungkan dengan perkongsian pasangan-pasangan elektron melalui ikatan kimia. Ia boleh didapati dalam bentuk gabungan elemen unsur yang sama seperti Oksigen (O2) atau elemen berbeda seperti air (H2O). Molekul air yang mempunyai ikatan molekul di antaranya telah dikenal pasti mempunyai keterikatan yang tersendiri yang menjadikannya secair seperti bentuk yang kita lihat. Saintis telah mengakui daya keterikatan molekul inilah menjadi teras kehidupan dan alam semesta.
Molekul mempunyai keseimbangan tetap yang diukur secara geometri yaitu sudut dan panjang kuasa ikatan. Kuasa ikatan ini secara berterusan bergetar atau berputar di atas ketetapannya. Sesuatu sebatian asli terdiri daripada molekul-molekul dengan rata – rata struktur geometrikal yang sama.
bentuk molekul
Formula kimia dan struktur bagi sesuatu molekul adalah faktor terpenting dalam mengenal pasti sifat kereaktifan molekul tersebut. Kajian mendapati molekul mempunyai spektrum tenaga menurut tahap-tahap tertentu. Di antara bentuk tenaga yang dapat diukur ialah gelombang elektromagnetik (pancaran elektron) dan juga gelombang magnetik. Selain dari pada itu, sifat-sifat yang juga mampu dikesan pada molekul ialah polaritas, fasa jisim, warna, densitas (kepadatan), tekanan dan aktiviti biologi